trader saya sila dapatkan vps dgn harga rm60. depo usd 5k, free vps.

serangan haram keatas forex, siapa dan mengapa..  

Monday, February 9, 2009

__________________________________________

__________________________________________
salam sumer..

korang perasan tak, kalau kat mana2 forum atau gugel tajuk forex ni, ada dua golongan ulamak atau mungkin juga ularsemak yg menjatuhkan hukum haram pada forex.
golongan yg mengharuskan forex ni tak banyak cakap. bila ditanya, mereka akan jawab pendek 'jualbeli, barangan halal, akad(lafaz atau text), tiada penindasan/riba' maka harus la hukumnya.

golongan yg satu lagi tu pulak, tak henti2 mengharamkan forex ni seolah2 tiada apa lagi yg haram didunia ni selain forex. sekiranya mereka berjaya haramkan forex, maka sucilah dunia.
mula2 haram sebab ada interest. riuh dimerata forum betapa haramnya forex sebab interest tsb sampai dorang lupa hidup dorang tak lekang dgn interest termasuk la islamic interest(interest yg di rebrand kepada nama arab). lepas interest dikeluarkan dari forex, ewaahh jual beli bertangguh pulak jadi kes..
kononnya sgt haram kalau jualbeli tu takde barang depan mata. macam la dorang beli rumah tu, rumah dah siap. forex pun memperkenalkan spot forex seperti yg ada sekarang. setiap untung boleh diwithdraw serta merta.
lepas tu leverage la pulakkk.. siap tuduh leverage ni pinjaman. haloo...siapa nak kasi kita pinjam duit tanpa peduli kita siapa?? akai ada ka??.
trading berleverage ni ialah marginal trading. malas aku nak explen. lantak la situ. pandai2 la wat research.
skang lak curruncy trading tu sendiri difitnahkan sebagai haram. dgn segala perkataan dan ayat disusun supaya menampakkan keharaman trading duit ni.

siapa mereka ni?
hontah la jang.. takde pekdah aku nak tau dorang ni siapa.
yg kita nak tau skang ni, kenapa..
kita masih ingat lagi kes trader2 sinis yg memperlekehkan broker2 kecil(unregulated) pada tajuk yg lain. akhirnya mereka tunjuk gak diri mereka yg sebenar. iaitu nak jadik ib utk broker yg regulated. bila berjaya lumpuhkan unregulated broker, mudahla mereka nak dapat customer free tanpa bersusah payah memperkenalkan broker mereka.

ada persamaan antara kedua kes ni. si penyerang forex ni harus dan sgt berkemungkinan akan membawa trading baru. berkemungkinan dinar emas atau chip emas.
selagi forex masih diminati, takde cara mereka boleh komersilkan trading mereka dgn mudah. modus yg mudah. serang forex sampai semua orang setuju ianya haram lalu memperkenalkan trading yg halal(konon halal). seluruh trader forex akan bertukar pada trading syarikat mereka.
mudah kan?.. ini la kerja orang yg nak kaya cara memijak orang lain.
__________________________________________
bersambung.............................

AddThis Social Bookmark Button

Design by Amanda @ Blogger Buster